DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam
sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum
. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas
bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara .
Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaakan Rukun Negara
yang diistiharkan pada 31 Ogos 1970 . Dengan itu semua rancangan pembangunan
negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum . Kerajaan telah membentuk Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi
tempoh selama 20 tahun (1970 – 1990 ).
Dasar Pembangunan
Negara ( DEB ) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’
Hussein . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua
mata untuk :
- Mengurangkan dan
akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat di Malaysia tanpa mengira
kaum
- Mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi
Perkembangan pesat ekonomi negara adalah berpunca daripada
pelbagai dasar ekonomi negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan
. Namun begitu, masih wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani
. Antaranya adalah untuk menilai sejauh aman perlaksanaan dan keberkesanan dasar
fiskal, monetari dan perdagangan yang telah dilaksanakan .
No comments:
Post a Comment