RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)
PERINGKAT 1
RM478.2 juta, iaitu 44.5%
daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Matlamat
ini bertujuan menambahkan pendapatan peduduk luar bandar sekali gus
merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan dan mempelbagai sumber
negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut
sahaja, terutama biji timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua
buah agensi kerajaan telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development
Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar. SEcara keseluruhan, RIDA
yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar
bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA)
yang kini bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor
perdagangan dan perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu
memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal,
menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan
program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti
sumber manusia terutama penduduk luar.FELDA pula ditubuhkan untuk membuka
tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit
sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula
penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan
meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA
ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang
ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar
bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein.
Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari
segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu
lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan.
Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran
dunia.
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2)
1961-1965
Walaupun
matlamat Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya
Pertama, perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini
telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan
sebuah uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank
Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur
di kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan
petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek
pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor
pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan
mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan
pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan
penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966
bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan
mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
Keseluruhannya, Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan
Rancangan Malaya pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam
rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan
rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu
hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi
memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh
negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya dari segi pencapaian,
Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang
dirancang, sektor awam telah membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta
membelanjakan RM2900 juta untuk program-program pembangunan.
Rancangan Malaysia Pertama (
RMK-1 ) 1966-1970
RMK-1 merupakan
rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam
kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan
baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih
mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
Peruntukan RMK-1
berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan
RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di
bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank
Bumiputera pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia
Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif
dan Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.Tujuan penubuhan MIDA
dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian
negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA,
Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum
Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.Setelah lima tahun, kajian
menenjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan
pertubuhan ekonomi negara. Namun setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan
menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan
kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan
kawasan . Justeru , bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama
Rancangan Malaysia Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan
strategi dan pendekatan yang digunakan sbelum ini.
Peringkat 2
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2)
1971-1975
Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2
dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih
keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum negara
ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah RM7250 juta telah
diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang , iaitu
dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai
serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam
kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula masyarakat Malaysia dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh
itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan
supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang
dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program
telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2
seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum
Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun
1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan
secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang
berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional
Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan
. Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan
peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4%
setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang
dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana
pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan
(19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3)
1976-1980
Semasa pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh
dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam
rancanagn ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan
pembangunan wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat
merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar
baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti
KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
Sebanyak
28 buah Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang
hujung tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan
RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut
memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
Secara
keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu
dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya
bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang
pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.
Rancangan Malaysia Keempat
(RMK-4) 1981-1985
RMK-4
sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi,
terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran
dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi
seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan
pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar
pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan.
Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini,
57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada
pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar
bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian
pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan
sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4
juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal,
penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, Perbadanan
Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan
perindustrian berat ini. Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan
HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad,
Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu
dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan
Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain
itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka
kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan
Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di
Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi
mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan
Pelan Induk Perindustrian (PIP).
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham
perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional
(ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan
peruntukan berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar
57.9% untuk pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk
keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian
keseluruhan,KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan
per kapita turut meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada
tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia Kelima
(RMK-5)1986-1990
Matlamat
Utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu
mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan.
Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba
meningkatkan peranan sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan
kawalan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi
meningkatkan pelaburan industri, terutama industri yang berorientasikan
eksport. Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri
luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah,
penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk pertanian ,
penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain.RMK-5
turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap bidang
penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat meningkatkan
kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha
pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan kemahiran
dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah RM69000 juta.daripada
jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan
dan pertahanan, manakala 4% untuk pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka
Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun
1990. Pada tahun 1991, rancangan pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi
menggantikan dan menyambung program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB.
Rancangan-rancangan tersebut ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020),
Wawasan 2020 (1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan
Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).
RANCANGAN MALAYSIA
KEENAM(RMK-6)1991-1995
Matlamat
utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi
RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping
menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan
ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil
kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan
menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memperbaik kedudukan
kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih
canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di
negara maju.
RANCANGAN MALAYSIA
KETUJUH(RMK-7)1996-2000
Kemajuan ekonomi
Keluaran Dalam
Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi
sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang
diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar
pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna
turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum
berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir
thun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah
pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah
modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding
dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan
sementara import dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun
1990 telah mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi
sebanyak RM47.9 bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara
Kasar.Semenjak ogos 1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7
bilion dan berjumlah US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan
import tertangguh dan 64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua
pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan untuk tidak meminjam dari
IMF.Sebaliknya kit menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan
ringgit dan mengawal modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.
Kemajuan sosioekonomi
1)Pembasmian Kemiskinan
- Program khusus bagi kawasan
bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah
telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan
termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997
dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.
2)Penyusunan semula masyarakat
· Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula
masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak
milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun
1995.
No comments:
Post a Comment