RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Pembangunan mempunyai
pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha
mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.Perubahan
yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi
dan sebagainya.
Selain itu,perubahan
ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal dan kebendaan.Secara
kesuluruhannya,pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama
dalam pengubahan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan
pembangunan untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang
dihadapi oleh masyarakat tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-dasar
yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.Pembangunan negara
dirancang melalui dua rancangan utama
iaitu,Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan jangka Panjang (RRJP).
Sejak merdeka ,
sembilan rancangan pembagunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah
dilaksanakan dengan jayanya.
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN
MALAYSIA (RM)
PERINGKAT 1
RM478.2 juta, iaitu 44.5% daripada keseluruhan peruntukan
Rancangan Malaya Pertama. Matlamat ini
bertujuan menambahkan pendapatan peduduk luar bandar sekali gus merealisasikan
matlamat mengurangkan kadar kemiskinan dan mempelbagai sumber negara supaya negara tidak terlalu
bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji timah dan getah.
Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan,
iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar
bandar. SEcara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang
sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah
ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat menggalakkan
penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, membantu
para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman
mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar
bandar dan mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan
meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar.FELDA pula ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk
mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambahkan
hasil ekonomi negara, penempatan semula penduduk-penduduk luar bandar yang
miskin dan berdaya ekonomi lemah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar
bandar. Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang
berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar. Kementerian ini dipimpin oleh
Dato’Abdul Razak hussein. Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah
sejumlah RM1100 juta. Namun dari segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam
hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan
sektor awam yang dirancangkan. Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji
timah dan getah di pasaran dunia.
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1961-1965
Walaupun matlamat
Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama,
perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah
disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah
uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia.
Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di
kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan
petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek
pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor
pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan
mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan
pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan
penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966
bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan
mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
Keseluruhannya,
Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan Rancangan Malaya
pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan
pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan
pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu hampir dua kali
ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi memastikan kejayaan perancangan
ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat
daerah. Hasilnya dari segi pencapaian, Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan
purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh
1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang dirancang, sektor awam telah
membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta membelanjakan RM2900 juta
untuk program-program pembangunan.
Rancangan Malaysia Pertama ( RMK-1 ) 1966-1970
RMK-1 merupakan
rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam
kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan
baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih
mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
Peruntukan RMK-1
berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan
RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di bawah
RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank Bumiputera
pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial
Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif dan
Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah
untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam
Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumiputera, dan PERNAS pula
bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan
perniagaan.Setelah lima tahun, kajian menenjukkan program-program yang
dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertubuhan ekonomi negara. Namun
setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu
pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara
ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan kawasan . Justeru ,
bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia
Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan
yang digunakan sbelum ini.
Peringkat 2
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1971-1975
Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13
Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan
membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan
kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah
RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka
panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga
dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula
masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan
membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan
serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk
menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden
oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi
tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan
secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang
berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional
Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka
ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat
pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi
daripada yang dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK
berlaku kerana pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%),
pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980
Semasa
pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh dikatakan
sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam rancanagn
ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan
wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan
jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baharu.
Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti
KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
Sebanyak 28 buah
Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang hujung
tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA
meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut
memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
Secara keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami
kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan
getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami
berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran,
kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor
swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan
ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000
juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi
pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada
sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor
perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan
sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang
berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan
dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi
menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang
diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh
Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh
Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta
Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai
pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang
,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas
motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah
program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar
Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan
harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan
cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM40000 juta
untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan
ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk
pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah berkembang pada
kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkatkan sebanyak
4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada
tahun 1985.
Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990
Matlamat Utama RMK-5
adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira
keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Beberapa strategi
telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan
sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan. Syarat-syarat
pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri,
terutama industri yang berorientasikan eksport. Strategi seterusnya ialah
menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat
penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk
pertanian , penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan
lain-lain.RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap
bidang penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat
meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan.
Usaha pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan
kemahiran dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan
perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah
RM69000 juta.daripada jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan
sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan dan pertahanan, manakala 4% untuk
pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi
Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Pada tahun 1991, rancangan
pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung
program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut
ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020), Wawasan 2020
(1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan Rancangan
Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan
pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing
ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan
dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu
mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan
program penswastaan untuk memperbaik kedudukan kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000
Kemajuan ekonomi
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat
pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak
3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan
di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras
yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan
bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan
penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir thun 2000,pinjaman belum berbayar telah
dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi
11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula
meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan sementara import
dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun 1990 telah
mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi sebanyak RM47.9
bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara Kasar.Semenjak ogos
1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7 bilion dan berjumlah
US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan import tertangguh dan
64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan
untuk tidak meminjam dari IMF.Sebaliknya kit
menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan ringgit dan mengawal
modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.
Kemajuan sosioekonomi
1)Pembasmian Kemiskinan
- Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.
2)Penyusunan semula masyarakat
- Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.
DASAR-DASAR UTAMA
KERAJAAN
Beberapa
dasar telah digubal di negara
ini.Pembentukan dasar-dasar ini amat penting kerana ia bukan sahaja bermotifkan
perpaduan rakyat malah mencakupi semua aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam
negara.Selain itu,Malaysia ingin mencapai pembangunan seimbang bagi semua
sektor ekonomi,perpaduan kaum dan kestabilan politik bagi membolehkan negara
ini duduk sama tinggi dengan negara barat.
Justeru
itu,program pembangunan ekonomi perlu dirancang bagi memastikan seluruh rakyat
memperoleh keperluan asas seperti makanan,pakaian,keselamatan,pendidikan dan
lain-lain.Antara dasar-dasar yang diperkenalkan ialah DASAR
EKONOMI BARU,DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN ,DASAR PEMBANGUNAN NASIOANAL dan
sebagainya.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Peristiwa 13
Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia
melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum . Berikutan dengan rusuhan
kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula
matlamat, strategi dan program pembangunan negara . Selepas tahun 1970, program
pembangunan negara adalah berasaakan Rukun Negara yang diistiharkan pada 31
Ogos 1970 . Dengan itu semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah
perpaduan kaum . Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan
panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970 – 1990 ).
Dasar Pembangunan Negara ( DEB )
merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun
1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein . Matlamat tersurat
DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah
digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk :
- Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum
- Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
Perkembangan pesat ekonomi negara adalah
berpunca daripada pelbagai dasar ekonomi
negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan . Namun begitu, masih
wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani . Antaranya adalah
untuk menilai sejauh aman perlaksanaan dan keberkesanan dasar fiskal, monetari
dan perdagangan yang telah dilaksanakan .
Sebagai
sebuah negra yang berbilang kaum,kerjaan telah menubuhkan satu dasar kebudayaan
kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara.Dasar ini telah menjadi
panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti Malaysia di mata dunia.
Justeru
itu,kerajaan memerlukan perancangan yang rapi supaya dapat melahirkan cara
hidup yang bersifat kebangsaan
.Pelaksanaan ini dapat memperlihatkan sifat-sifat mulia dalam sesebuah
masyarakat dan seterusnya merealisasikan negara bangsa.Tiga sifat yang perlu
dalam kebudayaan kebangsaan ialah:
i. Unsur-unsur kebudayaan mestilah
dapat diterima oleh semua komuniti.
ii. Apa juga asal usulnya mestilah
menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan.
iii. Tidak boleh membawa kesan yang
buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain
OBJEKTIF PELAKSANAAN
i. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
ii. Mempupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaa
iii. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.
iii. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
- Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
- Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
- Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme;
- keperluan sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.
PRINSIP –PRINSIP ASAS KE ARAH PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN IALAH:
1. Berteraskan kebudayaan
rakyat asal rantau
-Budaya
Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta
umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah
kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan
Malaysia.
2.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
-
Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya.
Kebudayaan juga diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui
proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian ini bergantung
sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip
Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai
agama rasmi negara.
3.Islam menjadi asas pembentukan kebudayaan kebangsaan
-Agama
islam merupakan unsur yang penting dalam DKK kerana kedudukannya sebagai agama
rasmi negara. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur
penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
DASAR BELIA NEGARA
- Dasar Belia Negara dimulakan dengan pembahagian Perkhidmatan Belia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1953 bertujuan membimbing pergerakan belia Negara.Penubuhan Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakan tenaga belia menjalankan kegiatan yang berguna dan berfaedah.
PRINSIP DASAR
Amalkan
prinsip Rukun Negara
- Wujudkan semangat perpaduan
- Membina moral tinggi
- Capai taraf keilmuan luas dan mendalam
- Membangunkan taraf social ekonomi belia ,mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara.
STRATEGI DASAR
- Meningkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan,perniagaan dan vokasional sebagai contohnya ialah rakan muda.
Perniagaan
- Melahirkan usahawan-usahawan belia
- Meninggikan taraf hidup remaja dan mewujudkan organisasi perniagaan besar bercorak koperasi di peringkat nasional.
Latihan dan bimbingan
- Memberi kemahiran vokasional dan teknikal.
- Merancangkan aktiviti-aktiviti bercorak latihan kemahiran.
PELAKSANAAN
- Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan negara.Ia turut dilaksanakan di peringkat negeri.Pada tahun 2003,pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belis bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaan-kejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda.
Pelan Integriti
Nasional
KONSEP UTAMA
- Merealisasikan cabaran keempat ,hasrat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yng luhur.Dilncarkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,perdana menteri ke-4.
- Memberi hala tuju pelbagai sektor supaya mereka dapat meningkatkan kesedaran supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
- Mengalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat serta mendorong masyarakat menjunjung prinsip integriti.
- Pengukuhan asas moral masyarakat dan negara serta peningkatan kesejahteraan hidup masyarakat.
- Meningkatkan daya saing dan daya tahan malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi lebih berkesan.
- Mengurangkan gejalan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan.
- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi kerana birokrasi dan penyelewengan.
- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
- Memantapkan institusi kekeluargaan.
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
FAKTOR INDIVIDU
- Kelemahan individu adalah salah satu factor yang akan menjejaskan integrity seseorang.
- Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan tidak berwawasan akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi di bawah kepimpinannya akan merosot.
- Kurang ketulusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam seperti unsur tender.
- Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan dalam melaksanakan tugas.
- Penguatkuasaan pemantauan dan pernilaian mengenai keberkesanan sesuatu program.
- Keupayaan sumber yang terhad.
- Kerangka undang-undang yang lapuk,kurang jelas,bercanggah dengan sesetengah undang-undang.
- Struktur organisasi tidak diubah dan diperkemaskan dari semasa ke semasa.
- Kurang koordinasi menyebabkan pembaziran dan tugas yang dilaksanakan tidak sempurna.
- Persekitaran budaya yang tidak sihat mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.
- Budaya tidak sihat akan menyebabkan mereka bersikap tidak berduli,tidak bertanggungjawab kepada orang lain.
- Pengurangan gejala rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa berkesan.
- Peningkatan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awan dan mengatasi kerenah birokrasi.
- Perningkatan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
- Pemantapan institusi keluarga.
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
- Mencapai objektif dan sasaran pin adalah 1 agenda utama negara dirujuk sebagai agenda integrity.
-Pembinaan
keluarga bahagia.
-Pengurusan
kesihatan jasmani dan rohani
-Pemantapan Nilai-nilai murni
Strategi
2:PELAKSANAAN INTEGRITI UNTUK KOMUNITI
-Pengukuhan
nilai-nilai murni kejiranan atau komuniti
-Pemantapan
petubuhan atau intitusi asas dalam komuniti
-Kukuh
semangat patriotism dan perpaduan kaum
-Kesedaran
terhadap alam sekitar
Strategi
3:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVIL
-Kukuh antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) kerajaan, dan swasta.
Strategi 4:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI SOSIAL
-Binaan insan yang berintegriti dalam persekitaran social budaya yang berintegriti.
-Pemantapan nilai-nilai murni,perpaduan dan pembentukan identiti rakyat
Strategi 5:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMA
-Peningkatan kerjasama,persefahaman dan saling menghormati antara penganut agama.
-Penghayatan dan pengalaman nilai murni ajaran agama
-Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama islam sebagai agama kemajuan.
Strategi 6:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMI
-Permantapan integriti korporat
-Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap tanggungjawab social
-Pengebangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika
-Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan wilayah
Strategi 7:PELAAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI POLITIK
-Pengekalan keluhuran perlembagaan dan sistem politik negara
-Pengekalan kedaulatan dan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang
-Pengamalan budaya politik yang sihat,beretika,matang,dan demokratik.
Strategi 8:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRAN
-Pemantapan
prinsip ketulusan,bertanggungjawab dan tadbir urus terbaik
-Peningkatan
integriti jentera pentadbiran awam.
NOTA:
- Kami harap dengan adanya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment