Sunday, 27 September 2015

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Sebagai sebuah negra yang berbilang kaum,kerjaan telah menubuhkan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara.Dasar ini telah menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti Malaysia di mata dunia.

Justeru itu,kerajaan memerlukan perancangan yang rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat  kebangsaan .Pelaksanaan ini dapat memperlihatkan sifat-sifat mulia dalam sesebuah masyarakat dan seterusnya merealisasikan negara bangsa.Tiga sifat yang perlu dalam kebudayaan kebangsaan ialah:
                                                                          

      i.   Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh                      semua komuniti.
     ii.   Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri                  yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan                      tempatan.
     iii. Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga                  cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung                      kepada unsur-unsur lain


OBJEKTIF PELAKSANAAN

      i.  Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

     ii.  Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaa

      iii. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang 
            seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.


STRATEGI PELAKSANAAN

  • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
  •  Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
  •  Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme;
  •  keperluan sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.

PRINSIP –PRINSIP ASAS KE ARAH PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN IALAH:

1. Berteraskan kebudayaan  rakyat asal rantau

-Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas   ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.

2.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima

- Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat Malaysia yang  berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan juga diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.

3.Islam menjadi asas pembentukan kebudayaan kebangsaan

-Agama islam merupakan unsur yang penting dalam DKK kerana kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.


No comments:

Post a Comment