RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan
merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur
kepada maju.Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan
manusia seperti
ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya.
Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal dan
kebendaan.Secara kesuluruhannya,pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan ekonomi negara sejak kemerdekaan
sehingga kini.
Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan
pembangunan untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang
dihadapi oleh masyarakat tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-dasar
yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.Pembangunan negara
dirancang melalui dua rancangan utama iaitu,Rancangan Malaysia Lima Tahun
dan Rangka Rancangan jangka Panjang (RRJP).
Sejak merdeka , sembilan rancangan pembagunan dan dua
Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:
Post a Comment